Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya dekat Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

Perkara ini disahkan isterinya, Relawati Daud kepada rakan rapat Allahyarham, Datin Marlia Musa sekitar jam 3 petang tadi.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, merupakan penulis lirik beberapa lagu popular, Isabella dan Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.

Bob sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat komplikasi jantung.